Sunday, 29 April 2012

Mengenal Kraf Tradisional




RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tahun
: 5 Mawar
Tarikh
: 23 April 2012
Masa
: 60 minit- 9.15-10.15 pagi
Bil. Murid
: 38 orang
Bidang
: Kraf Tradisional
Kegiatan
: Menghasilkan boneka kuda kepang dengan menggunakan teknik kolaj.
Tajuk
: Kuda kepang
Konsep
utama
: Guntingan dan tampalan ( Kolaj )
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid dapat :



    Implisit
         : Memahami cara penghasilan boneka kuda kepang dengan
           teknik guntingan dan tampalan (kolaj)
    Eksplisit
         : Mengaplikasikan teknik guntingan dan tampalan dalam
           hasil karya dengan betul dan tepat.
    Estetika
         : Menerapkan nilai asas seni reka dan prinsip rekaan seperti
           warna, rupa, bentuk, keseimbangan dan kesatuan.



Pengetahuan
sedia ada
: Murid-murid pernah melihat contoh  bentuk kuda kepang dan hiasannya.
Persedian murid
: Kertas lukisan,kertas warna/kertas bercorak,gunting,gam,pita pelekat dan   
  lidi
Alat bantu
mengajar
: Blog guru tentang cara-cara menghasilkan boneka kuda kepang dengan teknik
  kolaj. ( BLOG -http://www.senibest.blogspot.com)
KBKK
: Murid dapat mengadaptasikan pengetahuan dan kefahaman seni
  yang telah dipelajari serta dapat mempertingkatkan aspek-aspek
  estetik dalam kehidupan seharian. 




Perkara
Butiran Mengajar
Catatan

Set Induksi
(5 minit)
i. Murid-murid melihat gambar yang dipamerkan  di dalam    
   blog oleh guru.

ii. Murid-murid didedahkan sedikit tentang asal usul kuda
    kepang.
Kelas
Perkembangan
( 35 minit)
Langkah 1
i. Murid-murid mengeluarkan bahan-bahan disenaraikan
   oleh guru pada minggu lepas untuk digunakan dalam   
   aktiviti membuat boneka kuda kepang.

ii. Murid-murid melakar rupa kuda kepang di atas kertas
     lukisan mengikut contoh yang ditunjukkan di dalam blog.

Langkah 2
i. Setelah siap lakaran  kuda kepang,murid-murid
   menggunting mengikut bentuk lakaran dengan kemas dan
   berhati-hati.

Langkah 3
i. Murid menggunting kertas warna atau kertas bercorak
   untuk ditampal pada boneka kuda kepang.
ii. Murid-murid menghias boneka kuda kepang mengikut
    kreativiti masing-masing.

Langkah 4
i.  Setelah siap menghias, murid-murid melekatkan  lidi sate
    menggunakan pita pelekat di bahagian belakang boneka   
    kuda kepang.
Individu
Kemuncak
( 5 minit)

i.  Murid membuat apresiasi tentang hasil kerja sendiri dan
    rakan.
ii. Ketua kelas memungut hasil kerja murid untuk diserahkan
    kepada guru untuk dinilai.
Kelas
Penutup
(5 minit)

i.  Murid mendengar lagu "Kuda Kepang" yang dinyanyikan   
   oleh  Anuar dan Ellina melalui mp3 yang disediakan di    
   dalam blog.
Kelas













Assalamualaikum...murid-murid yang cikgu sayang.... Pada minggu ini kita akan mempelajari PSV bagi bidang yang ke-4 iaitu bidang Mengenal Kraf Tradisional. Minggu ini cikgu ingin menunjukkan cara-cara menghasilkan kuda kepang...

Sedikit Pengenalan tentang Kuda Kepang
Kuda kepang merupakan sejenis permainan ataupun tarian tradisonal. Permainan atau tarian kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. 





Jom, kita hasilkan boneka kuda kepang..!!

Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah :

1. Kertas warna atau kertas corak
2. Gam
3. Gunting
4. Pita pelekat
5. Lidi sate
6. Pensel
( seperti dalam gambar )




Langkah 1 :
Lakarkan rupa kuda kepang dengan menggunakan pensel.



Langkah 2 :
Kemudian guntingkan lakaran yang telah dihasilkan. 
Hati-hati ya...jangan sampai tergunting jari..:)




Langkah 3 :
Untuk hiasan badan kuda kepang, guntingkan kertas corak dan kertas warna.
Kemudian hiaskan boneka kuda kepang 
dengan menarik dan kreatif.



Langkah 4 :
Akhir sekali..sediakan lidi dan lekatkan pada bahagian belakang boneka kuda kepang dengan menggunakan pita pelekat...seperti gambar di atas...
haaaa...dah siap pun..!!


Comelkan... Selamat mencuba..:)




jom dengar lagu...
sila klik sini.... pada nama  Ø   Anuar Ellina Kuda Kepang HQ Audio free mp3 downloads












                                     

Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT


Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu

murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
murid boleh:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni  visual, dan 10.melibatkan diri dalam  
    kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
KANDUNGAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam

empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian

secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara
bersepadu.